Selasa, 07 Oktober 2014

PSIKOTERAPI


 Self Limiting Beliefe 


Self limiting beliefe adalah keyakinan-keyakinan yang membatasi diri , dimana keyakinan itu merupakan kunci utama sebelum tujuan apapun dicoba untuk dilakukan.


MALAS YANG MELAMPAU

Saat ini saya mengalami kemalasan yang melampau sehinggakan ia menjejaskan masalah pemikiran saya . Bagi saya apa yang menyusahkan dan membebankan saya , saya merasa itu sesuatu yang amat sukar saya lakukan dan untuk saya laksanakannya . Kadang-kadang perkara itu tidak sesukar mana pun , tapi otak saya dah set kan bahwa saya tidak bisa melakukan dan saat itulah malas mula merajai diri saya. Dan kerana sikap malas saya yang melampau inilah menyebabkan banyak tugas saya yang tertangguh dan saya menjadi lembap atau kurang dalam pembelajaran. Saya lebih gemar menghabiskan masa saya dengan perkara yang tidak berfaedah. Saya coba untuk mengubah diri saya tapi ianya tidak pernah berjaya.

  • Teknik Penyelesaian :
  1. Saya coba untuk mengurangkan tekanan dalam hidup saya sebaik mungkin , agar saya boleh memberi masa untuk bekerja itu adalah kerana saya mahu bukannya kerana terpaksa
  2. Saya akan tentukan terlebih dahulu blok masa yang akan saya peruntukkan setiap minggu untuk masa belajar , hiburan , senaman , aktiviti sosial dan hobi saya . Kemudian jadualkan masa kerja saya dengan menggunakan blok masa yang masih ada . Ini akan mengurangkan masa rasa untuk bertangguh kerana kerja saya tidak akan menceroboh masa lapang saya.
  3. Mendekatkan diri dengan Allah agar terhindar dari hasutan syaitan.
  4. Banyakkan membaca buku atau kisah motivasi
  5. Tanamkan sikap positif
  6. Ingat akan tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa dan seorang anak
  7. Tetapkan matlamat hidup
  8. Mengambil makanan yang memberikan vitamin kepada tubuh.
  9. selalu berfikir akan kesan malas kepada diri , keluarga dan masyarakat.
  10. Saya akan mencoba untuk mendapatkan motivasi sama ada melalui diri saya sendiri ataupun melalui orang lain.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar